Selasa, 31 Desember 2013

Khalil Afandi Sakit Mental Ikut Ajaran Songsang – Polis

Salam semua,


Khalil Afandi Sakit Mental, Ikut Ajaran Songsang – Polis

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dan wanita yang mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, dipercayai mengalami masalah mental, kata polis.
Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya “Imam Mahadi”, dan wanita berusia 28 tahun itu juga dipercayai ekstrem dengan ajaran Islam menyebabkan mereka bertindak mengamuk dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, Khalil Afandi dan wanita itu, dipercayai baru mengenali satu sama lain seminggu lepas dan tidak mempunyai rekod jenayah.
Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, hari ini, beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menggerakkan unit khasnya untuk menyiasat sama ada mereka menganggotai kumpulan ajaran sesat.
“Siasatan mendapati kedua-dua suspek bertindak demikian ekoran ajaran agama yang songsang. Polis sedang menyiasat sama ada suspek anggota ajaran sesat,” katanya.
Dalam kejadian 2.30 petang semalam, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala wanita yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama. – BERNAMA

0 komentar:

Posting Komentar