Minggu, 02 Maret 2014

Liverpool Lonjak Tangga Ke 2


Pemain pertahanan Liverpool, Martin Skrtel memberikan mesej amaran bahawa mereka adalah pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas pasukan itu membelasah Fulham 4-0 di Anfield, malam tadi.

Kemenangan itu meletakkan Liverpool kini di tangga kedua liga dengan 23 mata selepas 11 perlawanan, hanya dua mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Namun Arsenal hanya akan mengharungi perlawanan ke-11 malam ini apabila berdepan juara bertahan, Manchester United di Old Trafford, jam 12.10 tengah malam ini.

Di Anfield malam tadi, Skrtel menjaringkan gol kedua Liverpool pada minit ke-26, tiga minit selepas pemain Fulham, Fernando Amorebieta menjaringkan gol sendiri.

Kemenangan Liverpool dilengkapkan menerusi dua lagi gol sumbangan penyerang berbisa mereka, Luis Suarez pada minit ke-36 dan 54.

“Kami mahu memberikan mesej yang kami di sini dan bersedia untuk bersaing. Kami gembira dengan tiga mata penuh ini. Kami mahu meneruskan rentak cemerlang seperti ini,” kata Skrtel.

0 komentar:

Posting Komentar