Rabu, 05 Maret 2014

‘Pasangan Bak Kut Teh” ditampar tiga pertuduhan di mahkamah

OLEH RITA JONG
July 18, 2013
Pasangan blogger sex Malaysia didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas tiga pertuduhan selepas mencetuskan kontroversi menyiarkan gambar yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam terutama pada bulan Ramadan di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Pasangan itu, Alvin Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee May Ling, 24, yang dikenali dengan nama Alvivi turut didakwa atas kesalahan menyiarkan bahan berunsur seksual di laman web tahun lalu.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.Mereka didakwa mengikut Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan Kanun Keseksaan.

Pasangan itu dituduh menerbitkan bahan berunsur hasutan di Facebook bertajuk `Alvin and Vivian-Alvivi di https://www.facebook.com/alvivi.swingers dengan gambar bertajuk "Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut teh.. Wangi, enak, menyelerakan!!!" bersama logo Halal di sebelahnya.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di alamat 568-14-8 Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, Kuala Lumpur, antara 11 Julai dan 12 Julai lalu. - 18 Julai, 2013.

0 komentar:

Posting Komentar