Jumat, 27 Desember 2013

Kerajaan tak menghalang Himpunan Janji BERSIH


malaysiakini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kerajaan tidak menghalang Himpunan Janji BERSIH yang akan diadakan pada 30 ogos ini sekiranya dibuat secara aman dan bertamadun.

Beliau berkata perhimpunan aman dibenarkan kerana ia telah termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman dan penganjur perlu mengikut undang-undang yang sedia ada, lapor Bernama.

NONE
"Kita (kerajaan) tiada masalah sekiranya mereka adakan perhimpunan aman kerana negara kita mempunyai Akta Perhimpunan Aman. 

"Apa yang penting penganjur tidak melibatkan isu politik dalam perhimpunan itu," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan hari raya menerusi Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di Ipoh, hari ini.

Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka pada 30 Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

0 komentar:

Posting Komentar