Tampilkan postingan dengan label kerajaan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kerajaan. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 28 Desember 2013

10 Kerajaan Terbesar Dalam Sejarah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXUBlUXQzybR6mIPbkFew2zqXCWXikyKFl0UZ6Vuqpq_WqK4OBD3ylAGQllTaaxPV1djkbn-n9xEijywtBbp3h7L8BeescQvHX4kqqKNVIYTnBEaM45u0hfcSVyrfFvVdrVp369w1_hXy9/s320/Istana.jpg 
Suatu kerajaan memperbesar pengaruhnya dengan memperluas wilayahnya. Keadidayaan suatu kerajaan dilihat dari luas wilayah, banyaknya penduduk, ekonomi, berapa lama suatu kerajaan itu berdiri dan juga banyak faktor lain yang mempengaruhi seperti pemerintahannya dan undang-undangya, ataupun juga kebahagiaan
penduduknya. Berikut adalah 10 kerajaan terbesar yang pernah ada dalam sejarah:

10. Kerajaan Akkadia (2300 SM–2200 SM)
Kerajaan Akkadia berpusat di kota Akkad (Irak Kuno). Bangsa Akkadia nenek moyang bangsa-bangsa Babilonia dan Assyria. Kerajaan ini berada pada puncak kejayaannya pada abad ke 24 dan 22 sebelum Masehi. Ini dianggap sebagai kerajaan pertama yang ada di bumi. Luas wilayahnya mencapai 0. 8 juta Km persegi.

9. Kerajaan Persia (550 SM–330 SM)
Kerajaan Persia, Iran Kuno, adalah perkembangan dari kerajaan Median, mengatur sebagian besar wilayah arab dan sekitarnya. Median dan Persia juga dikenal sebagai kerajaan Medo-Persia adalah gabungan dari kerajaan-kerajaan sebelum masanya. Dibangun oleh Sirus Yang Agung dan menguasai beberapa benua yaitu Asia, Eropa dan Afrika.

Pada masa puncaknya, kerajaan ini meliputi wilayah Iran, Afganistan, Pakistan, beberapa bagian Asia tengah, Asia Kecil, Thrace (Eropa Tenggara-Balkan), dan Makedonia, sebagian besar wilayah sekitar Laut Hitam, Irak, Arab Utara, Yordania, Palestina, Israel, Lebanon, Syria, Mesir Kuno sampai ke Libya. Dalam sejarah bangsa Barat, kerajaan ini tercatat sebagai musuh dari kerajaan Yunani dalam Perang Greco-Persia, sebagai antisipasi dari budak termasuk di antaranya bangsa yahudi sebagai tahanan bangsa Babilonia dan kemauan untuk penggunaan bahasa yang sama dalam wilayah ini.

Kerajaan Persia ini kemudian diserang oleh Aleksander III dari Makedonia dan sesudah itu kerajaan inipun(Makedonia) runtuh dan tercerai-berai pada 330 SM menjadi Kerajaan Ptolemaic (Mesir) and Kerajaan Seleucid. Kerajaan ini adalah kerajaan terbesr dalam sejarah. Pada masa puncak kejayaannya, wilayahnya melampaui 8. 000. 000 km persegi.

8. Kekaisaran Romawi (27 SM– 476/1453 M)
Tipe pemerintahan kerajaan ini adalah aristokastik dan wilayahnya meliputi Eropa dan Sekitar Mediterania. Kerajaan ini lemah setelah diterpa perang sipil. Beberapa peristiwa perubahan sistem pemerintahan dari Republik ke Kerajaan ditandai dari terpilihnya Julius caesar sebagai diktator yang berkuasa pada 44 SM, dan Perang Actium (2 September 31 SM). Perluasan wilayah Romawi bermula ketika sistem pemerintahanya berbentuk republik, dan mencapai puncak kejayaannya sewaktu berbentuk kekaisaran, tepatnya Kaisar Trajan. Luas wilayahnya pada waktu itu adalah 6. 500. 000 km persegi. Karena kerajaan ini berlangsung sangat lama, pengaruhnya dalam bahasa, agama, arsitektur, filosofi, hukum dan sistem pemerintahanya tetap ada sampai sekarang.

7. Kekalifahan Ummayah (661 M – 750 M)
Sistem Kekalifahan adalah suatu bentuk pemerintahan Islam sebagai bentuk kesatuan politik dan kepemimpinan Muslim di seluruh dunia. Kalifah adalah pemimpin muslim setelah Nabi Muhammad. Kekalifahan Ummayah adalah kalifah kedua dari 4 kalifah dan diatur oleh dinasti Ummayah. Nama ini diambil dari Umayya ibn Abd Shams, moyang dari Kalifah Ummayah yang pertama. Meskipun keluarga Ummayah berasal dari Mekah, mereka memilih Damaskus sebagai ibukotanya. Kekalifahan Ummayah ini adalah bangsa Arab-Islam terbesar dalam sejarah. Luas wilayahnya mencapai 5. 000. 000 km2.

6. Dinasti Qing (1890–1912)
Dinasti Qing adalah dinasti terakhir di China. Bermula dari Dinasti Ming dan berlanjut dalam bentuk Republik Rakyat China. Dinasti ini dibentuk oleh klan Manchuria Aisin Gioro (sekarang timur laut china). Berawal dari tahun 1644 dan memperluas wilayahnya di sekitar china membentuk Kekaisaran Qing yang Agung. Dinasti ini menyatukan china pada 1683. Dinasti Qing kemudian jatuh setelah Revolusi Xinhai, ketika Empress Dowager Longyu melepaskan tahtanya sebagai kaisar, Puyi pada 12 februari 1912. Wilayahnya mencapai 14. 700. 000 km2.

5. Kekaisaran Rusia (1721–1917)
Kekaisaran ini berawal dari 1721 dan berakhir pada Revolusi Rusia 1917. Kekaisaran ini adalah kelanjutan dari Tsar Rusia dan menjadi Uni Soviet. Pada 1866, kekaisaran ini memperluas wilayahnya dari Eropa timur ke Asia dan Afrika Utara. Pada awal abad 19, Rusia adalah negara terbesar di dunia. Wilayahnya mencakup Benua Artika di utara sampai Laut Hitam di selatan, Laut Baltik di barat sampai ke Samudra Pasifik di sebelah timur.

4. Kekaisaran Mongolia (1206–1368)
Kekaisaran Mongolia berawal dari abad 13 sampai abad 14. Wilayahnya membentang dari Eropa timur ke Asia. Kekaisaran ini adalah gabungan dari bangsa Mongol dan Turki setelah Genghis Khan diproklamirkan sebagai pemimpinnya pada 1206. Pada masa puncak kejayaanya, wilayahnya membentang dari Sungai Danube di Eropa sampai ke laut jepang. dan dari Benua Artika sampai ke Kamboja. Luas wilayahnya mencapai 24. 000. 000 km2. Pada 1294, kekaisaran mongol pecah menjadi 4 bagian.

3. Kerajaan Mogul (1526–1858)
Kerajaan Mogul adalah kerajaan Islam yang mengatur sebagian besar wilayah India dan berawal pada 1526. Kerajaan ini mengatur sebagian besar Asia Selatan pada akhir abad 17 dan awal abad 18 dan berakhir pada pertengahan abad 19. Kerajaan Mogul adalah keturunan dari Timurid dari Turkistan pada tahun 1700 an, kerajaan ini mencakup seluruh daratan India. Wilayahnya pada waktu itu 4. 000. 000 km2. Kerajaan ini bermula dari kepemimpinan Jalaluddin Mohammad Akbar atau Akbar yang Agung dan berakhir pada 1707 setelah kematian Kaisar Aurangzeb meskipun masih berlangsung sampai 150 tahun kemudian.

2. Kerajaan Inggris
Kerajaan inggris terdiri dari domini, koloni, protektorat dan mandat dan semua wilayah yang diatur oleh kerajaan Inggris. Sampai tahun 1922 Kerajaan Inggris memiliki 450 juta jiwa dan itu merupakan 1/4 penduduk dunia waktu itu. Wilayahnya seluas 33. 700. 000 km2. dan mempunyai kekuatan militer paling besar dalam sejarah.

1. Kekaisaran Ottoman (Turki 1299–1923)
Adalah kerajaan Islam yang berlangsung dari 1 November 1299 sampai 24 Juli 1924. Pada masa kejayaannya, kekaisaran ini meliputi 3 benua, mengatur sebagian besar Asia Barat, Timur dan Tenggara Eropa, daerah pegunungan Kaukasus dan Afrika Utara. Kekaisaran ini berlangsung paling lama yaitu selama 7 abad. Mereka juga toleran terhadap umat Kristen dan Yahudi.

sumber

Jumat, 27 Desember 2013

Kerajaan tak menghalang Himpunan Janji BERSIH


malaysiakini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kerajaan tidak menghalang Himpunan Janji BERSIH yang akan diadakan pada 30 ogos ini sekiranya dibuat secara aman dan bertamadun.

Beliau berkata perhimpunan aman dibenarkan kerana ia telah termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman dan penganjur perlu mengikut undang-undang yang sedia ada, lapor Bernama.

NONE
"Kita (kerajaan) tiada masalah sekiranya mereka adakan perhimpunan aman kerana negara kita mempunyai Akta Perhimpunan Aman. 

"Apa yang penting penganjur tidak melibatkan isu politik dalam perhimpunan itu," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan hari raya menerusi Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di Ipoh, hari ini.

Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka pada 30 Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Selasa, 24 Desember 2013

Lagi Pegawai Tinggi Kerajaan Sertai Pas

BAGAN SERAI: Bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji AHmad Zabidi bin Shamsuddin menyerahkan borang menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang permohonan keahliannya kepada Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Perak,semalam.


Beliau berkhidmat di dalam kerajaan selama 33 tahun dan di Kementerian Pelajaran hampir 10 tahun.


Ahmad Zabidi juga pernah menjadi Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan bertugas sebagai pengetua di beberapa buah sekolah.

Dalam ucapannya sulungnya berkata, disepanjang beliau berkhidmat di kementerian pelajaran, pelbagai kezaliman dan penindasan berlaku.

Katanya, kuasa politik pemerintah telah menguasai pentadbiran kerajaan.

“Orang yang tidak menyokong BN akan dikenakan tindakan dan mereka ditukarkan jauh dari tempat asal,” katanya di hadapan 30ribu hadirin.

Ujar Ahmad Zabidi, tindakan itu semata mata guru-guru tersebut tidak sehaluan dengan kerajaan dan bukannya atas kesalahan yang berat.

“Yang tukar itu bukanlah Pengarah Pelajaran tetapi tindakan tersebut atas desakan oleh pemimpin Umno dan BN ,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, tindakan seperti ini masih berterusan dan lebih giat dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran atas arahan oleh Umno dan BN.

Tambahnya, antara faktor lain mendorongnya menyertai PAS ialah dasar yang diperjuangkan oleh Umno ketika ini berkisarkan sistem sekular ciptaan manusia.

Turut menyerahkan borang keahlian PAS ialah AJK Umno Bahagian Gopeng Tuan Haji Nazri Nordin yang bergelumang lebih 30 tahun dalam parti itu kini hilang keyakinan dan melihat perjuangan PAS adalah benar serta mewarisi perjuangan Rasulullah.

Sumber: Perakite Daily


Minggu, 22 Desember 2013

Kerajaan akan bela guru besar SK Seri Pristana kata Ku Nan

Oleh Hasbullah Awang Chik
July 27, 2013
 
Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor semasa upacara berbuka puasa di Masjid Amaniah, Kepong hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Julai, 2013. 
Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor semasa upacara berbuka puasa di Masjid Amaniah, Kepong hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Julai, 2013.Guru besar SK Seri Pristana Mohamad Nasir Mohd Nor bakal mendapat pembelaan daripada kerajaan sekiranya jelas terbukti beliau tidak bersalah dalam isu membenarkan pelajar bukan Islam sekolah berkenaan menikmati makanan pada waktu rehat di bilik persalinan, kata Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata isu SK Seri Pristana diputar belitkan pihak pembangkang bagi menunjukkan kerajaan bersalah dalam isu tersebut.

“Guru besar tersebut memang sengaja meletakkan pelajar sekolah itu menikmati makanan pada waktu rehat di bilik persalinan bagi melindungi pelajar daripada terdedah kepada sinaran matahari.

“Pihak pembangkang telah memutar-belit perihal sebenar yang berlaku di sekolah berkenaan dengan menyalahkan pihak sekolah dan kementerian,” ujar beliau semasa satu sidang media sempena majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur.

Setiusaha Agung Umno itu turut mengulas perselisihan faham yang berlaku di antara Perkasa dan Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinbam) semasa mengumumkan penubuhan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (Mirac) di Kuala Lumpur semalam.

Tengku Adnan berkata pembangkang turut mengapi-apikan badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat bagi membentuk persefahaman antara kaum sambil terus memberikan persepsi yang buruk kepada Perkasa dengan melabelkan mereka sebagai pertubuhan perkauman.

“Apa yang berlaku sebenarnya hanyalah persepsi yang cuba dimainkan pembangkang bagi memburukkan Perkasa. Mereka ini sengaja menangguk di air yang keruh.

“NGO seperti ini wajar dipuji kerana telah menunjukkan semangat perpaduan tanpa mengira agama dan bangsa bagi mencapai satu tujuan. Jangan kita biarkan pihak pembangkang untuk melemparkan tuduhan yang bukan-bukan. Mereka hanya mahu mengelirukan rakyat dan bermain dengan emosi rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Adnan yang baru dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata beliau akan berusaha keras bagi meningkatkan prestasi Umno dan Barisan Nasional (BN) di wilayah itu dengan cuba mengembalikan kegemilangan BN sebagaimana yang pernah diterajuinya dahulu pada tahun 2000.

Beliau bertekad untuk menambah penguasaan BN yang mana hanya menang dua kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu menjadi kepada empat kerusi pada PRU akan datang. Majlis berbuka puasa di masjid berkenaan adalah yang kelapan dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan sempena meraikan bulan Ramadhan.

Pasangan suami isteri yang kurang berkemampuan di kawasan tersebut menerima sepasang persalinan dan wang tunai RM100 setiap pasangan.

Semalam, semasa Majlis Mesyuarat Tertinggi Umno di Kuala Lumpur, Tengku Adnan telah dipilih sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan sementara Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin sebagai timbalannya. - 27 Julai, 2013.
The Malaysian Insider