Tampilkan postingan dengan label ikut. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ikut. Tampilkan semua postingan

Selasa, 31 Desember 2013

Khalil Afandi Sakit Mental Ikut Ajaran Songsang – Polis

Salam semua,


Khalil Afandi Sakit Mental, Ikut Ajaran Songsang – Polis

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dan wanita yang mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, dipercayai mengalami masalah mental, kata polis.
Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya “Imam Mahadi”, dan wanita berusia 28 tahun itu juga dipercayai ekstrem dengan ajaran Islam menyebabkan mereka bertindak mengamuk dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, Khalil Afandi dan wanita itu, dipercayai baru mengenali satu sama lain seminggu lepas dan tidak mempunyai rekod jenayah.
Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, hari ini, beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menggerakkan unit khasnya untuk menyiasat sama ada mereka menganggotai kumpulan ajaran sesat.
“Siasatan mendapati kedua-dua suspek bertindak demikian ekoran ajaran agama yang songsang. Polis sedang menyiasat sama ada suspek anggota ajaran sesat,” katanya.
Dalam kejadian 2.30 petang semalam, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala wanita yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama. – BERNAMA

Selasa, 24 Desember 2013

Foto kanak kanak 7 tahun ikut mengangkat senjata di Syria

  30 Mac 2013 catatan idahsalam
Foto Ahmed (Sumber: Daily News)

Suriah - Sekeping foto   seorang anak pejuang FSA (Komandan Pasukan Pembebasan Syria) yang masih berusia 7 tahun sungguh mengejutkan. Dalam gambar itu, kanak-kanak 7 tahun ikut mengangkat senjata di barisan pembangkang Syria melawan rezim Bashar Assad.

Anak berusia 7 tahun bernama Ahmed, sebagaimana dikutip dari Daily News, Sabtu (30/3/2013), tampak berdiri di depan barikade di sebuah kota di mana tampak  runtuhan bangunan. Ahmed ikut serta sebagai pejuang pasukan pembebasan Syria di lingkungan kelompok Shalahudin, salah satu lini depan Aleppo.

Dalam foto tersebut, Ahmed tampak mengangkat sebuah senjata laras panjang berwarna hitam cokelat dan stripe hijau putih pada bahagian genggamannya. Tak hanya bersenjata, Ahmed yang mengenakan switer dan seluar merah itu, terlihat sedang  sebatang   rokok di tangan kirinya.

Foto ini muncul berbarengan dengan keberhasilan para pemberontak Syria menguasai Kota Dael, sebuah kota strategis dekat perbatasan Jordan yang menjadi gerbang utama menuju Damaskus pada Jumaat (29/3) kelmarin.

Para pemberontak Syria berhasil merebut Kota Dael setelah bentrok berdarah dengan pasukan Bashar Asaad dan membunuh  sedikitnya 38 orang. Sebanyak 16 orang diantara yang terbunuh adalah pasukan pemberontak.
detikNews