Rabu, 05 Maret 2014

‘Pasangan Bak Kut Teh” ditampar tiga pertuduhan di mahkamah

OLEH RITA JONG
July 18, 2013
Pasangan blogger sex Malaysia didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas tiga pertuduhan selepas mencetuskan kontroversi menyiarkan gambar yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam terutama pada bulan Ramadan di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Pasangan itu, Alvin Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee May Ling, 24, yang dikenali dengan nama Alvivi turut didakwa atas kesalahan menyiarkan bahan berunsur seksual di laman web tahun lalu.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.Mereka didakwa mengikut Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan Kanun Keseksaan.

Pasangan itu dituduh menerbitkan bahan berunsur hasutan di Facebook bertajuk `Alvin and Vivian-Alvivi di https://www.facebook.com/alvivi.swingers dengan gambar bertajuk "Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut teh.. Wangi, enak, menyelerakan!!!" bersama logo Halal di sebelahnya.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di alamat 568-14-8 Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, Kuala Lumpur, antara 11 Julai dan 12 Julai lalu. - 18 Julai, 2013.

Selasa, 04 Maret 2014

APAKAH INSIDEN TANDUO 2 2 5 SABAHKINI





 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Oleh : MUTALIB M.D
 


MUNGKIN Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato Hamza Taib pakar matematik kerana dapat menyelesaikan kemelut pencerobohan Tentera Sultan Sulu dengan cekap iaitu 200 orang penceroboh tolak dengan 12 kematian, 10 serah diri (dinafikan kemudiannya) maka jumlah yang tinggal di Tanduo adalah KOSONG!

Saya teringat Puzzle yang ditanya Tun Dr Mahathir Mohammad kepada Tan Sri Ting Pek King bagaimana mahu menyelesaikan Formula 2 + 2 = 5 kerana tidak ada sesiapa di dalam mesyuarat khas berkenaan tahu jawapannya.
Kata Ting, "Satu untuk you, satu untuk gua. Dua untuk you, dua untuk gua. Tiga untuk you, gua tatak payah!" (Maksudnya, satu untuk anda, satu untuk saya. Dua untuk anda, dua untuk saya. Tiga untuk anda, saya tidak perlu). Dengan kata lain, RASUAH.

Tetapi dalam isu pencerobohan Tentera Mat Bom @ Ahmad Malandi yang dijenamakan semula senagai Tentera Sultan Sulu, Pasukan Perisik Sabahkini.net yang menjalankan tugas berbahaya menjalankan intipan, risikan dan perhubungan mendapati jumlah mereka hanya 76 orang; enam daripada mereka ialah wanita!

Malam tadi, Kumpulan Perisik Sabahkini.net menerima panggilan penduduk kampung Tg Batu bahawa sekumpulan antara 30 hingga 36 orang Tentera Mat Bom yang terlepas daripada serangan pihak berkuasa bersembunyi di sekitar hutan di antara Kampung Tanjung Batu, Kampung Pasusul dan Kampung Tg Labian.

Namun atas sebab keselamatan dan masih dalam kawalan polis; kedudukan mereka telah dilaporkan kepada polis; malangnya polis tidak percaya ada yang terlepas daripada serangan mereka.

Sehubungan itu Pasukan Perisik Sabahkini.net sukar menjalankan tugas risikan, namun melalui perhubungan telefon dengan penduduk kampung, mereka mengakui tidak nampak secara jelas; tetapi mereka bertelefon dengan beberapa orang penduduk kampung yang turut serta dalam Tentera Mat Bom dan keluarga mereka di Filipina; mereka mendapat tahu bahawa di antara 30 hingga 36 orang dapat melepaskan diri daripada serangan di Tanduo.

Manakala 10 orang daripada 76 orang Tentera Mat Bom telah berjaya melarikan diri melalui laut dengan berenang atau menumpang sampan nelayan Kampung Tanduo sekitar jam 1.30 petang kelmarin.

Jika dicongak kembali, 10 orang menyerah diri (hilang tanpa jejak), 12 terbunuh, 10 melarikan melalui laut; maka bakinya 34 orang yang kini berada di antara Kg Tg Batu, Kg Pasusul, Tg Labian dan menuju ke Tanagian Lama.

Namun kata polis Game Is Over kerana mereka tidak yakin ada yang dapat melepaskan diri setelah dikepung oleh pihak berkuasa Malaysia dan Filipina.

Mungkin Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri tidak malu kerana menurunkan begitu banyak pasukan keselamatan dengan kos lebih RM200 juta (anggaran Tan Sri Harris Salleh) untuk berunding sebelum menggempur 20 Tentera Sultan Sulu yang sebelum ini dilaporkan sejumlah 200 orang?

Siapa yang akan percaya kepada polis jika keadaan sebegini genting gagal ditangani dengan sempurna sehingga mengorbankan dua komando terbaik Vat 69 dan mencederakan beberapa orang kerana bengap, bebal dan degil untuk menerima laporan penduduk kampung yang disalurkan melalui Sabahkini.net dan SMS?

Nasib dua daripada tiga Naib Presiden UMNO mungkin dalam dilema kerana mereka gagal mempastikan Sabah selamat daripada pencerobohan kerana kedua-dua mereka memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri.

Dalam pada itu, penduduk Lahad Datu masih dalam trauma dan ketakutan kerana jumlah PATI termasuk pemegang IC Projek di bandar ini terlalu ramai sehingga mengatasi penduduk tempatan.

Malah Ketua Penerangan UMNO Silam dan sebahagian besar ketua cawangan dan ahli UMNO Silam juga adalah PATI yang mendapat kad pengenalan projek sehingga mereka ini menjadi gunting dalam lipatan dan menjadi Cocoon kepada Warga Penyu terutama penjenayah yang berjubahkan Pejuang MORO!

Senin, 03 Maret 2014

Asal Usul Minuman Teh


Bangsa China telah minum teh selama 5.000 tahun. Asal mula teh pada awalnya masih merupakan legenda . Legenda yang paling terkenal adalah cerita tentang Kaisar Shen Nung (diucapkan: Shay-Nung). Penemuan teh olehnya belum ditempatkan secara tepat dalam sejarah, yaitu pada tahun 2737 Sebelum Masehi.

Selama ribuan tahun, bangsa China meminum teh untuk kesehatan dan kenikmatan. Tidak seorangpun tahu apa yang menyebabkan mereka tertarik dengan daun hijau serta mengkilap dari Camellia sinensis , tetapi legenda populer dapat memberi pengetahuan kepada kita.



Pada suatu hari, ketika Kaisar Shen Nung akan mengambil air mendidih, beberapa daun dari pohon yang menjuntai tertiup angin dan jatuh di panci berisi air mendidih tersebut. Sang Kaisar ingin tahu dan memutuskan untuk mencicipi air rebusan yang tidak menyerupai minuman tersebut. Kaisar menemukan air rebusan itu sedap dan menyegarkan tubuh.

Legenda dari India menghubungkan penemuan teh dengan biarawan Bodhidharma. Sang biarawan sangat kelelahan setelah mengakhiri pertapaannya selama 7 tahun. Dalam keputusasaan dia mengunyah beberapa daun yang tumbuh didekatnya, yang dengan serta-merta menyegarkannya kembali.

India saat ini merupakan pengtinjauan teh terbesar di dunia, tetapi tidak ada catatan sejarah mengenai minum teh di India sebelum abad kesembilan belas. Eksperimen dari Bodhidharma mengunyah teh tidak pernah disebarkan kepada masyarakat umum pada saat itu.

Mitologi lain dari Jepang mengenai biarawan yang bertapa, Bodhidharma, menjelaskan bagaimana ia membuang kelopak matanya yang berat ke tanah karena merasa frustasi tidak mampu untuk tetap terjaga. Pohon teh tumbuh di mana ia membuang kelopak matanya. Dedaunan dari pohon yang baru tumbuh ini secara ajaib menyembuhkan kepenatannya.

Teh bukan asli dari Jepang, maka mitologi ini tidak memberikan penjelasan untuk keberadaanya secara mendadak di Jepang. Realitanya kurang beragam: di awal abad kesembilan, seorang biarawan dari Jepang yang pulang dari pengembaraan, bernama Dengyo Daishi membawa biji tanaman teh dari Tiongkok.

Metode pembuatan teh dengan panci terbuka yang diperkenalkan oleh Kaisar Shen Nung terbukti setelah sekian lama waktu berjalan. Hal tersebut membutuhkan waktu 4.000 tahun sebelum metode pembuatan teh yang kita kenal sekarang dikembangkan.

Pada masa Dinasti Ming (1368-1644), bangsa Tiongkok mulai membuat teh dengan air mendidih. Dengan sedikit adaptasi, tempat penuang anggur tradisional dari Tiongkok yang menggunakan penutup menjadi teko teh yang sempurna.

Pengertian "Teh"
Teh dengan segala variasinya di dunia dalam pengejaan dan pengucapan berasal dari sumber tunggal. Te , berarti teh dalam dialek China Amoy. Bahasa China nasional dari kata teh, cha , juga mengtinjauankan beberapa turunan kata lain di dunia.

Teh masuk ke Eropa pada awal abad ketujuhbelas. Dibandingkan kelebihan teh dalam hal pengobatan, bangsa Eropa lebih memilih aroma kopi. Hanya diantara beberapa golongan kecil dari kaum bangsawan, yang mempopulerkan teh.

Masuknya Teh Ke Eropa
Pada awal abad ketujuh belas, pedagang dari bangsa Belanda dan Portugis pertama kali memperkenalkan teh ke Eropa. Pedagang Portugis mengirimkan dengan kapal dari pelabuhan China, Macau, sedangkan pedagang Belanda membawanya dari Indonesia ke Eropa.

Minuman baru yang datang bersamaan dengan muatan sutera dan rempah-rempah ini tidak mengalami sukses dalam sekejap. Bangsa Eropa mencicipi teh, tetapi mereka lebih memilih aroma kopi. Sedangkan pedagang Inggris menunggu hingga tahun 1652 sebelum akhirnya mulai memperdagangkan teh.

Bangsa Rusia merupakan penggemar awal teh. Teh yang mereka konsumsi datang melalui jalur darat dari Cina menggunakan kereta yang ditarik oleh unta. Ketika penggemar teh di Rusia meningkat, barisan unta yang membawa teh semakin memanjang.

Pada akhir abad kedelapan belas, beberapa ribu kereta yang ditarik unta, kira-kira 200-300 kereta pada satu saat menyeberangi perbatasan China. Jalur kereta api lintas Siberia menggantikan kereta yang ditarik unta, tetapi perjalanan romantik tersebut menyisakan ingatan yang popular atas campuran lembut teh hitam China yang terkenal sebagai Karavan Rusia.

Kemajuan Teh Melalui Kerajaan
Pada abad ketujuhbelas di Eropa, tak satupun yang menolong penjualan teh selain pelanggan dari keluarga kerajaan.

Acara minum teh menjadi istimewa pada tahun 1662, ketika Raja Charles II dari Inggris menikah dengan Catherine dari Braganza, seorang putri berkebangsaan Portugis dan seorang penggemar teh. Catherine mengawali tradisi minum teh dalam istana, dengan menggunakan mangkuk dan teko teh transparan buatan China - dan segera para anggota istana lain mengikuti caranya.

Pada saat itu harga teh dinilai mahal, namun sekarang sudah menjadi umum. Seketika teh menjadi mode dan eksklusif. Menurut sudut pandang kaum bangsawan, hal tersebut merupakan sesuatu yang menarik.

Pada abad ke-17, di Eropa, teh merupakan produk praktis yang memiliki kegunaan besar. Kebanyakan air tidak layak diminum. Bagi yang ingin menghindari penyakit, pilihan yang ada tidak membangkitkan semangat: secangkir air mendidih, atau bir yang cukup kuat untuk membunuh bakteri.

Di Inggris dan beberapa negara, dimana bir adalah minuman yang umum untuk sarapan, teh menjadi altenatif lain yang disambut baik. Pada akhirnya teh menjadi pemuas dahaga yang hangat dan menyegarkan, penuh rasa, dan aman untuk diminum.

Pada abad ke-18, di keluarga kaya, minum teh merupakan acara dalam perayaan besar. Daun teh yang bernilai tinggi seringkali disimpan dalam kotak penyimpanan yang berkunci, dimana hanya ada satu kunci.

Sekali atau dua kali dalam seminggu, nyonya rumah akan membuka kuncinya dan menghidangkan teh untuk suguhan dalam keluarga, atau untuk memberi kesan pada tamu istimewa.

Teh disajikan dengan porselin yang memiliki mutu baik, yang menandakan tingkat kekayaan, selain untuk menambah arti dari perayaan. Hal ini juga merupakan kesempatan bagi para wanita untuk memamerkan kulit mereka yang pucat dan struktur tulang yang lembut dibandingkan porselin China. Dua atribut ini merupakan tolok ukur kemurnian seorang wanita pada saat itu.

Kehidupan sosial pada awal pertengahan abad ke-18 beralih dari kebiasaan seperti kedai kopi digantikan dengan kebun teh. Kebun teh menjadi seperti surga: pohon-pohon di tepian jalan, lentera yang menerangi jalan setapak, musik, tarian, kembang api, dan makanan enak ditemani dengan secangkir teh yang nikmat.

Kebun teh tidak hanya tempat yang menyenangkan, tetapi juga merupakan tempat untuk pertemuan sosial. Di tempat eksotis ini, keluarga kerajaan dan rakyat biasa dapat berjalan bersama.

Konsumsi teh meningkat secara dramatis selama awal abad ke-19. Mode dan penurunan harga membangun pasar yang sulit dipenuhi oleh para pemasok barang. Untuk menerobos monopoli dari China, perdagangan teh beralih ke India untuk mengisi kesenjangan.

Masuknya "Teh" Ke India
Ketika konsumsi teh meningkat pada awal abad ke-19, Perusahaan India Timur mencari sumber persediaan baru. Sejak bangsa China memonopoli penamanan teh, solusinya adalah dengan menanam teh dimana-mana.

Percobaan pertama dengan bibit teh dari China dikelola di Assam, timur laut India. Tetapi eksperimen ini tidak bertinjauan, meskipun bibit yang sama tumbuh dengan baik di Darjeeling, India bagian utara.

Kemudian pada tahun 1820, para ahli tumbuh-tumbuhan menemukan tumbuhan lokal yang belum teridentifikasi. Mereka mengirim contoh daun ke London untuk dianalisis. Contoh daun tersebut dengan segera dikenali sebagai teh - tanaman yang pada mulanya tidak dikenal di India - kemudian lahirlah industri teh India.



sumber

Minggu, 02 Maret 2014

Liverpool Lonjak Tangga Ke 2


Pemain pertahanan Liverpool, Martin Skrtel memberikan mesej amaran bahawa mereka adalah pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas pasukan itu membelasah Fulham 4-0 di Anfield, malam tadi.

Kemenangan itu meletakkan Liverpool kini di tangga kedua liga dengan 23 mata selepas 11 perlawanan, hanya dua mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Namun Arsenal hanya akan mengharungi perlawanan ke-11 malam ini apabila berdepan juara bertahan, Manchester United di Old Trafford, jam 12.10 tengah malam ini.

Di Anfield malam tadi, Skrtel menjaringkan gol kedua Liverpool pada minit ke-26, tiga minit selepas pemain Fulham, Fernando Amorebieta menjaringkan gol sendiri.

Kemenangan Liverpool dilengkapkan menerusi dua lagi gol sumbangan penyerang berbisa mereka, Luis Suarez pada minit ke-36 dan 54.

“Kami mahu memberikan mesej yang kami di sini dan bersedia untuk bersaing. Kami gembira dengan tiga mata penuh ini. Kami mahu meneruskan rentak cemerlang seperti ini,” kata Skrtel.

Sabtu, 01 Maret 2014

Leuniey sendiri jemput bapa kandung jadi wali

Wartawan Sinar Harian 27 Disember 2012
Leuniey Norlaila (kanan) bersama Leuniey ketika ditemu bual media suatu ketika dahulu.
KOTA BHARU - Ibu Nur Eilunie Natasha atau Leuniey, Nor Laila Abu Bakar mengharapkan kemelut yang berkaitan jemputan kepada ayah kandung anak sulungnya itu dapat diselesaikan dengan baik.
Menurutnya, tidak ada apa yang perlu diperbesarkan kerana sebagai bapa dia berhak berada di samping anak perempuannya itu untuk mewalikan pernikahan yang akan diadakan Jumaat ini.
“Memang kita jemput, tetapi dia tidak mahu datang ke rumah kita, biasalah apabila berlaku perceraian. Pada saya tak ada apa, ia lebih kepada isu dalaman keluarga dan perkara ini boleh diselesaikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Nor Laila, 40, berkata demikian sebagai menafikan laporan sebuah akhbar kelmarin yang mendakwa bapa kandung Leuniey, Jaafar Mohamad terguris kerana tidak diundang ke majlis perkahwinan itu.

Katanya, Leuniey sendiri menjemput bapa kandungnya itu untuk menghadiri majlis pernikahannya ketika ke rumah bekas suaminya bagi mendapatkan tandatangan wali.

Nor Laila berkata, isu itu tidak perlu ditimbulkan kerana Jaafar adalah wali kepada Leuniey dan dia perlu hadir pada majlis akad nikah tersebut.

Leuniey, 21, yang akan melangsungkan perkahwinan dengan penjaga gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, akan dinikahkan Imam Besar Masjid Pasir Pekan di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, pada jam 10 pagi.

Jaafar sebelum ini melahirkan rasa terkilan selepas didakwa tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan Leuniey yang merupakan anak sulungnya tinjauan perkahwinan dengan Nor Laila sebelum mereka bercerai 10 tahun lalu

Katanya, hanya Leuniey anak perempuannya dan sebagai seorang bapa besar harapannya untuk melihat sendiri ketika anak diijabkabulkan, namun dia tidak dijemput untuk menghadiri majlis pernikahan itu.

Nor Laila yang mengakui anaknya turut berkecil hati dengan apa yang berlaku mengharapkan segala-galanya berjalan lancar tanpa meninggalkan kesan negatif di hati masing- masing.

Jumat, 28 Februari 2014

Isu Lahad Datu Datuk Seri 3 lain ditahan

sinarharian
4 April 2013
Hamza Taib
Hamza Taib
KOTA KINABALU - Polis menahan Datuk Seri Clarence Luing Karl @ Muhammad Khalil John L Karl berhubung isu pencerobohan Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan bersama tiga yang lain di sebuah rumah di Tanjung Aru kira-kira jam 10.30 malam tadi.

"Kesemua mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012," kata beliau dipetik Star Online.

Lahad Datu, seorang lelaki tempatan bergelar Datuk Seri yang dicari berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat, ditahan di sebuah rumah pangsa di Tanjung Aru, Kota Kinabalu malam tadi.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang berkata lelaki itu ditahan pada kira-kira 10.30 malam, beberapa jam  selepas berita dia dicari polis disiarkan melalui media.

Beliau berkata penahanan lelaki yang dipercayai mempunyai hubungan dengan kesultanan Sulu itu dibuat tinjauan maklumat orang  ramai.

"Susulan itu, polis turut menahan seorang wanita, dipercayai isteri Datuk Seri itu dan seorang lelaki masing-masing berusia 55 dan  30 tahun, di kawasan berdekatan," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Tan berkata beberapa dokumen penting turut dirampas, dan ketiga-tiga mereka kini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Semalam, Tan memberitahu sidang akhbar polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan kes berkaitan Operasi Daulat, dan polis turut mengedarkan gambar lelaki terbabit.

Sementara itu, Tan berkata sebuah balai polis bergerak akan mula beroperasi esok di Kampung Tanjung Batu, Tanjung Labian, Lok  Buani, Lok Sambuang, Tanagian dan Sungai Bilis bagi memudahkan orang kampung membuat laporan berkaitan kehilangan harta  benda berikutan pencerobohan militan Sulu.

Mengenai situasi terkini kampung terbabit, Tan berkata keadaan adalah selamat, aman dan tenteram dengan penduduk digalak menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

"Beberapa sekolah juga akan kembali dibuka Isnin ini, ibu bapa janganlah bimbang untuk menghantar anak-anak ke sekolah kerana  pasukan keselamatan sentiasa berkawal dan berada di kawasan berhampiran," katanya.- Bernama

Kamis, 27 Februari 2014

Lokasi 6 Rumah yang Tidak Biasa

Memilih lokasi rumah di tempat yang masih akrab dengan alam memang enak. Tapi, "nggak gini-gini juga, kaleee..." Lihat foto-foto berikut. Lokasi yang dipilih untuk membangun rumah-rumah ini sangat ganjil bin ajaib.


Matterhorn, Switzerland
Swiss Alpine Club membangun tempat menyepi ini di ketinggian 4.003 meter. Benar-benar di bibir jurang yang bersalju. Bagaimana cara mencapai tempat tersebut? Masih jad pertanyaan. Belum lagi ancaman longsoran gletser. Ada-ada saja.


Hermitage of San Colmbano di Leo Valley, Italia
Satu lagi rumah yang dibangun tepat di dinding tebing. Bedanya, yang satu ini tanpa salju. Lokasinya di Passo Pian delle Fugazze, Italia. Uniknya, rumah ini ternyata sudah berdiri sejak tahun 1319!



Elliưaey, Vestmannaeyjar, Iceland
Rumah ini tinggal sendirian di sebuah dataran hijau, dekat tebing yang berbatasan langsung dengan laut. Lokasinya di Vestmannaeyjar, Islandia.



Canada Saint Lawrence River
Rasanya rumah-rumah di pinggir Ciliwung belum ada apa-apanya dibanding rumah ini. Terisolir tanpa tetangga, hanya ada air di sekelilingnya. Kabarnya, kalau air sedang rendah, barulah sang penghuni bisa mengeluarkan kursi untuk berjemur. Tapi bagaimana kalau musim penghujan tiba? Nggak takut ancaman banjir, tuh?



The Holy Trinity Monastery, Yunani
Bagi para biarawan memang mereka butuh tempat yang tenang dan damai untuk menyepi. Waltinjauan, inilah dia kompleks biara di Yunani yang sudah ada sejak tahun 1476. Tempat ini dibangun di atas gunung batu dengan ketinggian 400 meter.

Dulu para biarawan harus menggunakan tali-temali untuk memanjat ke biara ini. Nah, buat Ente yang suka olah raga panjat tebing boleh coba uji nyali di sini.



Katskhi Pillar
Kompleks biara di Yunani punya saingan. Yang satu ini adanya di Georgia, dan milik salah seorang biarawan Georgia yang sudah tinggal selama 20 tahun terakhir. Tempat ini kabarnya ada sejak abad ke-7. Karena rumah ini ditinggali oleh biarawan, otomatis wanita dilarang memanjat.



sumber