Senin, 03 Februari 2014

Anggota Pussy Riot Lancar Mogok Lapar



MOSCOW – Seorang anggota wanita kumpulan muzik punk Rusia, Pussy Riot melancarkan mogok lapar sebagai protes kerana dia dipaksa melakukan kerja lebih masa di dalam penjara.

Nadezhda Tolokonnikova menjalani hukuman penjara selama dua tahun.

Dia dan dua lagi anggota Pussy Riot ditahan pada Mac tahun lalu kerana mencemuh Presiden Rusia, Vladimir Putin semasa mengadakan persembahan di sebuah gereja utama di sini.

Dalam satu surat yang disiarkan pada Isnin lepas di blog kumpulan itu, Tolokonnikova berkata, para banduan di penjara itu dipaksa bekerja hingga 17 jam sehari di sebuah premis membuat pakaian seragam polis.

Dia juga mendakwa timbalan warden penjara mengancamnya pada Ogos lalu. – AP

0 komentar:

Posting Komentar