Senin, 24 Februari 2014

Rampasan arak dan rokok RM1 35j

Mohd Nasir (kanan), Athavan (tengah) dan Abd Latif menunjukkan rokok dan juga minuman keras tamat tempoh yang berjaya dirampas pihaknya.

TAIPING – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya mematahkan cubaan empat sindiket menyeludup pelbagai jenama minuman keras dan rokok bernilai RM538, 736 yang melibatkan cukai bernilai RM1.35 juta.

Pengarahnya, Datuk Mohd Nasir Said berkata, dalam kejadian, 15 November itu, pihaknya berjaya menahan tiga lelaki bersama 4,063 peti minuman keras pelbagai jenama di sebuah gudang di kawasan Menglembu, Ipoh kira-kira 2.15 petang.

Menurutnya, serbuan yang dibuat tinjauan maklumat orang awam di gudang berkenaan, sehingga membawa kepada penemuan minuman keras bernilai RM328,482 dengan jumlah cukai sebanyak RM616, 898.78.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki barang tak berkastam secara tidak sah,” katanya pada sidang media di Kompleks Kastam Cawangan Penguatkuasaan Taiping, semalam.

Hadir sama,  Timbalan Pengarah Kastam, Bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan Negeri Perak, Abd Latif Abd Kadir dan Penolong Kanan Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan, S Athavan.

Mohd Nasir berkata, dalam satu serbuan yang dilakukan ketika Ops Bersepadu Antara Agensi Penguatkuasaan Perak, seorang lelaki yang berada di sebuah premis di Ipoh berjaya ditahan bersama 53 peti minuman keras pelbagai jenama dengan jumlah cukai sebanyak RM9, 446.78.

Menurutnya, melalui operasi sama di kawasan Bercham, Ipoh, pihaknya turut merampas 400 batang rokok putih.

“Seorang pemilik premis telah ditahan bagi membantu siasatan dan cukai yang terlibat adalah sebanyak RM198.40,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Nasir berkata, pada 11 November lalu, pihaknya melalui Cawangan Penguatkuasaan Teluk Intan telah menyerbu sebuah premis kediaman di taman perumahan dekat Sungai Besar.

Katanya, tinjauan pemeriksaan ke atas premis tersebut, pihaknya berjaya menemui sebanyak 1,422,600 batang rokok putih pelbagai jenama bersama sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di premis sama.

“Kes berkenaan telah disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki barang tak berkastam secara tidak sah,” katanya.

Semua yang telah ditahan kemudian dibebaskan sementara dengan jaminan di bawah Seksyen 116 Akta Kastam 1967 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

0 komentar:

Posting Komentar