Tampilkan postingan dengan label bn. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bn. Tampilkan semua postingan

Minggu, 23 Februari 2014

Setiausaha Agung PKR nafi Hamas mula inisiatif dialog BN Pakatan

OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA December 06, 2013
(Dari kiri) Saifuddin, Anwar dan Khalid Mishal dalam satu pertemuan semalam. Gambar ehsan Saifuddin Nasution.(Dari kiri) Saifuddin, Anwar dan Khalid Mishal dalam satu pertemuan semalam. Gambar ehsan Saifuddin Nasution.Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menafikan laporan sebuah portal berita yang mengatakan kemungkinan Khalid Mishal dari Hamas yang datang ke Malaysia untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2013 sebagai pihak memulakan inisiatif dialog diantara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun menurut Saifuddin, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lewat malam tadi, PR sentiasa mengambil sikap terbuka cadangan mengadakan dialog dengan BN terutama dalam perkara-perkara yang berkait kepentingan rakyat dan negara.
“Kalau secara kebetulan pertemuan di antara kedua mereka berlangsung di antara pertemuan Khalid Mishal dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beberapa hari sebelumnya, hal ini bukanlah bermakna pemimpin Hamas tersebut memulakan inisiatif ‘perbincangan’ di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat,” kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.

 Menurut Saifuddin, pertemuan diantara Anwar dan Khalid semalam merupakan pertemuan susulan yang sebelum ini berlangsung di Doha, Qatar awal tahun 2012.
“Bertemu di pejabat PCOM (Palestine Cultural Organisation Malaysia) petang semalam jam 2.30 petang turut disertai seorang lagi wakil Hamas Osama Hamdan dan saya sendiri selaku Setiausaha Agung PKR.
“Sepertimana pertemuan sebelum ini, tumpuan perbincangan kedua-dua mereka semalam adalah dari hal perkembangan politik di Timur Tengah dan negara-negara Arab khususnya Mesir, Syria, Tunisia, Sudan dan Yemen,” katanya.

Sebuah portal berita melaporkan hari ni menyatakan terdapat kemungkinan pemimpin Hamas memulakan inisiatif dialog diantara BN dan PR.
Laporan itu dibuat selapas Anwar mengeluarkan kenyataan malam tadi yang mengatakan PR bersedia untuk berdialog dengan BN.

Ketua Umum PKR itu dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur malam tadi berkata berkata mereka membuat tawaran ekoran ucapan Najib dalam ucapan dasar semasa Perhimpunan Agung Umno yang mengatakan parti itu bersedia menghulurkan salam politik dengan mana-mana pihak.
"Oleh itu, sekali lagi kami mengulangi kesediaan serta mengambil sikap terbuka untuk mengadakan perbincangan ke arah kepentingan bangsa dan politik baharu," kata Anwar dalam kenyataan tersebut. – 6 Disember, 2013. The Malaysian Insider

Selasa, 11 Februari 2014

BN Kekal Di Kerusi Parlimen Balik Pulau


PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang selepas Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak rayuan dikemukakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Panel lima hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif menolak rayuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan memerintahkannya membayar kos perundangan RM20,000, masing-masing kepada anggota Parlimen Balik Pulau dari BN Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, pegawai pengurus pilihan raya kawasan Balik Pulau dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Turut bersidang bersama-sama Md Raus ialah empat Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Ramly Ali.

Peguam yang mewakili Dr Hilmi, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin telah mengemukakan bantahan awal terhadap rayuan itu, menyatakan rekod rayuan itu tidak kukuh.

Mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak dengan kos petisyen pilihan raya Muhammad Bakhtiar yang difailkan untuk membatalkan kemenangan Dr Hilmi di kawasan Parlimen Balik Pulau dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang diadakan pada Mei tahun ini.

Muhammad Bakhtiar perlu membayar sejumlah RM180,000 bagi kos perundangan kerana Mahkamah Pilihan Raya sebelum ini memerintahkannya membayar RM40,000 masing-masing kepada Dr Hilmi, pegawai pengurus pilihan raya Balik Pulau dan SPR bagi prosiding di Mahkamah Pilihan Raya.

Dr Hilmi, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan mengalahkan Muhammad Bakhtiar dengan majoriti 1,539 undi.

Muhammad Bakhtiar diwakili peguam Murali Ram manakala Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili SPR.

Sementara itu, panel yang sama turut mendengar rayuan petisyen pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising di Kelantan.

Md Raus, bagaimanapun berkata mahkamah menangguhkan untuk membuat keputusan bagi rayuan itu kerana mereka mahu menunggu penghakiman satu lagi panel lima hakim Mahkamah Persekutuan berkaitan petisyen-petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen dan DUN di Kelantan dan Perak.

Rayuan itu dikemukakan pengarah pilihan raya PAS bagi Selising, Semsudin Muhammad selepas petisyen pilihan rayanya ditolak Mahkamah Pilihan Raya dengan kos RM30,000.

Zulkifle Ali dari BN mengalahkan Saiful Bahrim Mohamad dari PAS dan calon Bebas, Ibrahim Ismail, dengan majoriti 107 undi di kerusi Selising dalam PRU13.

Semsudin diwakili peguam Murtadza Mokhtar manakala peguam Datuk Hafarizam Harun mewakili Zulkifle dan SPR diwakili Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad.- BERNAMA