Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan

Kamis, 26 Desember 2013

NGERI Suami Isteri Terbunuh Hanya Kerana Hendak Parkir Kereta!


Tragedi malang menimpa sebuah keluarga di China apabila sepasang suami isteri terbunuh hanya disebabkan hendak meletakkan kereta di ruang parkir.
Kejadian yang berlaku awal malam Selasa lalu bermula apabila si suami turun dari kereta dan menunggu di belakang petak parkir.
Ini bagi membolehkan dia memberikan arahan pada si isteri yang berada di tempat duduk pemandu.
Malangnya kereta itu diundur dengan terlalu laju lalu menghimpit tubuh suaminya itu ke dinding.

Mendengar jeritan kuat suaminya yang meraung kesakitan, si isteri menghulurkan wajahnya ke luar untuk melihat apa yang sedang berlaku.
Disebabkan terlalu panik, si isteri tertekan pedal minyak dengan kuat, akibatnya kereta tersebut semakin laju berundur  ke belakang.
Sudahnya bukan saja si suami terus terperosok ke dinding, kepala isterinya juga parah kerana terhentak di tiang garaj!
Akhirnya si isteri mati di tempat kejadian, si suami meninggal dunia ketika dirawat di hospital.
Apa yang menyedihkan, anak mereka yang berusia enam tahun itu turut menyaksikan semua ini ‘live’ di depan mata kerana  turut berada dalam kereta itu ketika tragedi tersebut berlaku.
Inilah yang dikatakan MALANG TIDAK BERBAU…
Sumber

Sabtu, 21 Desember 2013

Jangan Musuhi Kami Hanya Kerana Kami Orang Suluk!


Jangan Musuhi Kami Hanya Kerana Kami Orang Suluk!

LAHAD DATU – Ramai di antara kita masih keliru antara entik Suluk di negara ini dan orang Sulu dari selatan Filipina.
Walaupun ada mengatakan mereka dari suku kaum yang sama tetapi budaya dan pemikiran pengganas Sulu yang menceroboh itu jelas berbeza dan bertentangan dengan moral masyarakat Suluk di negeri ini.
Bagi peneroka-peneroka Felda Sahabat di sini yang terdiri dari etnik Suluk, mereka kecewa kerana ramai yang beranggapan mereka juga terlibat dalam mendalangi insiden pencerobohan pengganas militan Sulu itu.
DSC01314
Bagi Datu Datu Ibrahim Datu Abd. Karim, 55, beliau sedih kalau ada yang beranggapan sebegitu hanya kerana ‘darah’ yang mengalir dalam tubuh mereka.
” Ya mungkin keturunan moyang-moyang kita dari selatan Filipina tetapi kami semua lahir di sini, ada kad pengenalan seperti warganegara Malaysia yang lain, kami bersyukur atas nikmat tersebut dan tidak pernah terfikir langsung untuk mengiktiraf sesiapa saja dari sana, malah kami sanggup berjuang demi negara kita yang tercinta.
” Jangan hanya kerana ada orang Sulu dari Filipina membuat angkara, kami hendak dikaitkan sekali, itu tidak adil buat kami.
” Kami gembira kerana kepimpinan tertinggi negara faham situasi tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengerti jadi tidak ada sebab untuk mengaitkan kami dengan apa yang berlaku,” katanya pada Mynewshub.my.
DSC01315
Pendapatnya turut disokong seorang lagi peneroka, Nasib Osup. Menurut Nasib, kesetiaan orang Suluk di Sabah tidak perlu dipertikaikan bahkan ramai pemimpin utama kerajaan negeri dan negara juga dari etnik yang sama.
” Kami perlu bersuara kerana ramai yang tidak faham apa yang sebenarnya berlaku sekarang ini, Tuhan saja yang tahu betapa takutnya kami ketika insiden ini berlaku, pekan jadi sunyi, anak-anak risau ke sekolah, semua rasa nyawa mereka terancam.
” Mungkin ada satu dua orang yang terlibat, ternyata mereka itu ada agenda sendiri yang hanya mereka saja yang tahu kenapa sanggup sampai jadi sekejam ini, membunuh dan menzalimi pegawai keselamatan kita yang tidak berdosa.
” Kami etnik Suluk tidak boleh menerima apa yang orang Sulu Filipina ini lakukan terhadap mereka dan kami semua secara keseluruhannya,” tegasnya.
DSC01313
Bagi Mumin Abd. Lala, mereka kesal kerana pendatang Sulu itu tidak menghargai tempat di mana mereka datang berteduh dan mencari rezeki.
” Kita faham hidup di sana susah, mundur…jadi bila mereka datang untuk mencari nafkah maka kita tidak banyak persoal kerana mereka juga perlu wang untuk meneruskan kehidupan.
” Malang sekali kerana ada di antara mereka yang sanggup hendak berperang dengan kita, jadi bila jadi macam ni, bukan kita saja yang susah, pendatang Sulu yang tak tahu apa-apa pun kena menanggung akibatnya,” katanya kesal. - Mynewshub.my