Jumat, 31 Januari 2014

Kakitangan awam dapat satu kenaikan gaji tahunan

sinarharian
11 Mac 2013
Kakitangan awam dapat satu kenaikan gaji tahunan
Sebahagian penjawat awam bertafakur dan berdoa memberi penghormatan kepada anggota keselamatan yang terkorban di Wisma Bapa Malaysia hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.
"Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020, di sini.
Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta menteri-menteri Kabinet.

Najib berkata semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI).
Perdana Menteri juga berkata berkuatkuasa 1 Januari 2013 semua struktur gaji maksimum dalam jadual Gaji Minimum-Maksimum akan diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga KGT.
"Ini bagi membolehkan seramai 182,434 pegawai yang berada di gaji maksimum mendapat faedah pergerakan gaji tahunan mulai tahun ini (2013) tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa.

"Semoga inisiatif itu dimanfaatkan penjawat awam bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara," katanya.
Najib berkata sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan berproduktiviti, kerajaan turut bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji maksimum tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi yang ditetapkan.

Perdana Menteri turut menyampaikan berita gembira kepada pegawai kontrak yang berjumlah hampir 50,000 orang yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 bakal disambung setahun lagi sementara kajian secara menyeluruh dilaksanakan. - Bernama

Kamis, 30 Januari 2014

Terkini! Ceroboh Sabah Penceroboh terus berdegil polis nantikan serangan bila bila masa

TANJUNG LABIAN (Lahad Datu): Polis bersedia untuk menamatkan pencerobohan yang melibatkan kumpulan Sulu di kampung Tandou, kira-kira 165 kilometer dari sini, apabila penceroboh bersenjata pada saat akhir tidak mempedulikan cubaan pihak berkuasa Malaysia dan Filipina untuk membawa mereka meninggalkan Sabah dengan aman.

Kumpulan itu yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, yang mendakwa merupakan saudara kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, masih ingkar dan menolak permintaan terbaru oleh Presiden Filipina, Benigno Aquino dan wakil Malaysia walaupun tiga tarikh akhir diberikan kepada mereka telah dilanjutkan, di mana yang terakhir berakhir pada Selasa.

Dalam perbualan telefon dengan The Star, Azzimudie berkata, kumpulan itu bersedia untuk menghadapi serangan.

“Kami baik sahaja. Kami menjangkakan angkatan bersenjata Malaysia akan membuat serangan pada hari ini (Selasa). Kami sedia untuk mempertahankan diri, kami tidak takut,” katanya.

Ditanya mengapa memikirkan bahawa kumpulan itu akan diserang, beliau menjawab: “Kerana ditunjukkan di televisyen dan di radio bahawa tarikh akhir telah tamat. Kami tidak takut kerana kami tahu adalah benar. Ini adalah tanah kami.”

Ditanya sekiranya beliau tidak takut berikutan hanya mempunyai seramai 30 lelaki bersenjata, Azzimudie berkata: “Kami sudah bersedia, kami sedang menunggu. Kami tidak akan menyerang (tetapi) kami akan mempertahankan diri kami.”

Azzimuddie yang juga berhubung dengan saudaranya menerusi telefon, telah menyatakan bahawa beliau hanya akan mengambil pesanan daripada Jamalul Kiram.

Sementara itu, setiausaha agung kesultanan yang diperkatakan, iaitu Abraham Idjirani berkata, kumpulan itu menolak rayuan Aquino untuk kembali ke Filipina.

Setelah membiarkan pasukan Sulu mengepung selama hampir tiga minggu, pasukan keselamatan Malaysia, yang menunggu untuk mendapatkan satu perintah untuk menangani kumpulan bersenjata itu, dengan tampil di beberapa lokasi strategik di dalam dan di luar sekitar perladangan Felda pada Selasa.

Kerajaan dan pasukan perubatan tentera bersiap sedia bagi menunggu lampu hijau untuk mengusir kumpulan Sulu.

Ditanya sama ada langkah menentang penceroboh Sulu akan dibuat dalam tempoh 24 jam yang akan datang, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata: “Mungkin. Kami bersedia untuk menamatkan pencerobohan ini.”

Rabu, 01 Januari 2014

VIDEO Saksikan Saat Cemas Wanita Bersalin Dalam Bas Awam!

VIDEO: Saksikan Saat Cemas Wanita Bersalin Dalam Bas Awam!


SEORANG ibu mengandung, Wang Liying, 39, dari Chengdu, China telah pergi ke hospital setelah merasakan badannya tidak begitu sihat
Kalau diikutkan pemeriksaan doktor, dia ada seminggu lagi masa untuk bersalin.
Untuk itu, dia menaiki sebuah bas awam menuju ke hospital tersebut.
Bertemankan anak kecilnya yang berusia tiga tahun, Liying kemudian terasa ‘sesuatu’ sewaktu bas yang dinaikinya itu bergerak.
Tepat jam 8.01 pagi, Liying dapat merasakan yang bayinya itu sudah ‘hendak keluar’.
Tak sampai seminit selepas itu air ketubannya pecah.
Tepat jam 8.09, Liying tiada pilihan lain melainkan melondehkan seluarnya sedikit dan terus melahirkan bayi yang dikandungnya itu.
Mungkin disebabkan sudah ada pengalaman melahirkan anak pertamanya sebelum ini, Liying terus ‘terbalikkan’ posisi bayinya itu dan menepuk punggung bayi hingga ia menangis.
Beberapa orang penumpang kemudiannya dilihat menolong Liying termasuk menyelimutkan anaknya itu dengan kain.
SEMENTARA ITU pemandu bas berkenaan, You Zhixu berkata, ada lapan penumpang dalam bas tersebut ketika itu…hampir kesemuanya panik sewaktu kejadian.
” Saya kemudian menjerit pada penumpang saya supaya bertenang sebelum memecut selaju 120 km/j ke sebuah hospital berhampiran. Masa lampu isyarat berwarna merah pun saya redah je sehinggalah saya ternampak sebuah ambulan yang datang dari arah bertentangan.
” Kami semua dalam bas masa itu melambai-lambai tangan dan berteriak agar ambulan tersebut berhenti, namun sewaktu ambulan tiba, wanita itu sudah pun bersalin di tempat duduknya.
” Terus terang tangan saya menggeletar waktu kejadian itu berlaku, masa isteri saya bersalin pun saya tak rasa gementar macam ini,” kata Zhixu.
Bayi lelaki itu kemudiannya disahkan sihat dan beratnya ialah 3.6 kilogram.
Dalam pada itu, Liying memberitahu dia sebenarnya sudah pun berpisah dengan suaminya.
Namun memberitahu, bekas suaminya itu mungkin akan rujuk semula dengannya setelah terbaca kisah tersebut di dalam akhbar.
” Bekas suami amat teruja bila membaca kisah saya melahirkan bayi di dalam bas tersiar dalam akhbar dan dia berjanji untuk melawat saya dan anak ini di hospital. Dia memberitahu akan menyelesaikan masalah kegagalan perkahwinan kami itu bila di hospital nanti,” katanya.
Macam-macam…